Site icon TechNave BM

Infinix NOTE 50S 5G dan NOTE 50X 5G akan turut dilancar pada 22 April 2025

Selain melancarkan Infinix NOTE 50 Pro+ 5G pada 22 April kelak, Infinix Malaysia akan turut melancarkan dua lagi telefon pintar pada hari yang sama iaitu Infinix NOTE 50S 5G dan Infinix NOTE 50X 5G. Semua telefon ini akan disepadukan dengan Infinix AI∞ yang dikuasakan oleh DeepSeek-R1.

Infinix NOTE 50S 5G dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, bateri 5,200mAh, pengecasan pantas 45W All-Round FastCharge 3.0 dan kamera utama dengan sensor Sony IMX682 50MP yang menyokong rakaman 4K. Badannya turut mempunyai rating kalis air IP64 dan ketahanan yang diiktiraf TÜV Rheinland.

Sementara itu, Infinix NOTE 50X 5G pula mempunyai rekaan tahan lasak dengan pengiktirafan MIL-STD-810 serta rating kalis air dan debu IP64. Ia turut mempunyai bateri 5,200mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 45W. Kameranya pula mempunyai sensor 50MP yang menyokong rakaman 4K.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang dikongsi mengenai kedua-dua peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version