More

    Infinix NOTE 50 Pro+ 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April 2025

    Infinix Malaysia mengumumkan bahawa telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru, Infinix NOTE 50 Pro+ 5G, akan dilancar pada hari Selasa, 22 April 2025. Telefon ini bakal mempunyai rekaan aluminium bertaraf aeroangkasa premium dan integarasi penuh dengan model AI DeepSeek-R1.

    Rangkanya dibina dengan ArmorAlloy yang tahan lasak bagi mengukuhkan strukturnya sambil mengurangkan berat sekitar 10% berbanding generasi sebelum ini.

    Ia turut dilengkapi sistem One-Tap Infinix AI∞ yang boleh diakses dengan menekan lama pada butang kuasa. Ia akan melancarkan aplikasi Folax yang boleh menyediakan pelbagai kemudahan berasaskan AI seperti AI Recording Summary, AI Writing Assistant, pengecaman makanan (food recognition), penterjemahan menggunakan kamera dan banyak lagi.’

    Lebih unik, ia mempunyai sensor Bio-Active Halo AI Lighting dengan pelbagai fungsi ukuran kesihatan seperti kadar degupan jantung dan tahap oksigen dalam darah.

    Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1080p, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G yang dibina menggunakan nod proses 4nm dan membenarkan permainan PUBG Mobile pada kadar setinggi 120fps.

    Selain itu, ia dilengkapi bateri 5,200mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 100W All-Round FastCharge 3.0 dan pengecasan wayarles 50W Wireless MagCharge. Infinix mengatakan pengecasan 0% hingga 100% mengambil masa 32 minit sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured