Site icon TechNave BM

Infinix SMART 8 Pro rasmi di Malaysia dengan Magic ring, kamera 50MP berharga RM399

Baru-baru ini, Infinix Malaysia telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Infinix SMART 8 Pro. Peranti ini tersedia dalam empat pilihan warna seperti Emas Berkilat, Timber Black, Galaxy White, dan Rainbow Blue.

Ia dilengkapi dengan skrin LCD Magic Ring Fluid, segar semula 90Hz, menyokong HD+, kecerahan 500 nits dan 90% nisbah skrin-ke-badan. Infinix SMART 8 Pro dilengkapi dengan MediaTek Helio G36, menyokong tambahan RAM maya 4GB. Bahagian belakangnya menampilkan kamera dwi 50MP belakang, denyar LED cincin dan kamera swafoto 8MP pada bahagian hadapan.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh terbina dalam dan menyokong Power Marathon. Ia berfungsi apabila paras bateri pada 5%, ia masih boleh memberikan 2 jam masa bercakap. Selain itu, Infinix SMART 8 Pro menyokong kelantangan yang diperluaskan sehingga 200%.

Infinix Malaysia akan menganjurkan acara nyahkotak di TikTok secara langsung pada 31 Januari 2024 jam 3:00 petang. Penonton bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa seperti set barangan SMART 8 Pro dan aksesori Infinix.

Infinix SMART 8 Pro berharga RM399 untuk konfigurasi 4/128GB. Mulai sekarang hingga 29 Februari, anda boleh menikmati penghantaran percuma dari ShopeeLazada  dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version