More

    Infinix SMART 8 Pro rasmi di Malaysia dengan Magic ring, kamera 50MP berharga RM399

    Baru-baru ini, Infinix Malaysia telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu Infinix SMART 8 Pro. Peranti ini tersedia dalam empat pilihan warna seperti Emas Berkilat, Timber Black, Galaxy White, dan Rainbow Blue.

    Ia dilengkapi dengan skrin LCD Magic Ring Fluid, segar semula 90Hz, menyokong HD+, kecerahan 500 nits dan 90% nisbah skrin-ke-badan. Infinix SMART 8 Pro dilengkapi dengan MediaTek Helio G36, menyokong tambahan RAM maya 4GB. Bahagian belakangnya menampilkan kamera dwi 50MP belakang, denyar LED cincin dan kamera swafoto 8MP pada bahagian hadapan.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh terbina dalam dan menyokong Power Marathon. Ia berfungsi apabila paras bateri pada 5%, ia masih boleh memberikan 2 jam masa bercakap. Selain itu, Infinix SMART 8 Pro menyokong kelantangan yang diperluaskan sehingga 200%.

    Infinix Malaysia akan menganjurkan acara nyahkotak di TikTok secara langsung pada 31 Januari 2024 jam 3:00 petang. Penonton bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa seperti set barangan SMART 8 Pro dan aksesori Infinix.

    Infinix SMART 8 Pro berharga RM399 untuk konfigurasi 4/128GB. Mulai sekarang hingga 29 Februari, anda boleh menikmati penghantaran percuma dari Shopee, Lazada  dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured