Infinix hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjalin kerjasama dengan jenama permotoran itali, Pininfarina, bagi menghasilkan telefon pintar premium dengan rekaan yang mewah.
Syarikat itu berkata Infinix NOTE 60 Ultra bakal menjadi telefon pertama yang dihasilkan dengan kerjasama Pininfarina. CEO Infinix, Tony Zhao, berkata kerjasama ini akan mempercepat hala tuju syarikatnya dalam membangunkan produk-produk premium.
Pininfarina merupakan sebuah syarikat permotoran dari Itali yang menghasilkan beberapa kenderaan mewah bersama jenama-jenama lain, seperti Ferrari Testarossa dan Alfa Romeo Spider.
Sebelum ini, beberapa jenama telefon pintar telah bekerjasama dengan syarikat permotoran untuk hasilkan peranti edisi khas. Sebagai contoh, realme bekerjasama dengan Aston Martin untuk hasilkan realme GT 8 Pro Dream Edition, manakala iQOO pula kerap menghasilkan telefon dengan kerjasama BMW Motorsport.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

