More

    realme GT 8 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 5, bateri 7,000mAh, kamera RICOH GT bermula RM4,299

    realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship yang terbaru iaitu realme GT 8 Pro. Sebagai sebuah telefon flagship, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dibina dengan nod proses 3nm bagi menawarkan prestasi pantas untuk setiap kegunaan anda.

    Prestasi telefon ini mencapai skor penanda aras AnTuTu lebih 4 juta dan mampu memainkan game pada kadar bingkai sehingga 120fps untuk pelbagai game. Ia turut dilengkapi sistem penyejukan seluas 7,000mm² bagi melesapkan haba dengan cekap sewaktu bermain game.

    Baterinya berkapasiti 7,000mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 120W serta pengecasan wayarles 50W.

    Satu ciri menarik adalah rekaan bonggol kameranya yang boleh ditukar antara bentuk petak atau bentuk bulat. Ia juga menampilkan teknologi fotografi yang dibina bersama syarikat fotografi dari Jepun, RICOH GR.

    Dengan kerjasama ini, relame GT 8 Pro menawarkan tona filem RICOH GR yang klasik seperti Positive, Negative dan Hi-Contrast B&W. Mod kamera RICOH GR membolehkan pengguna memilih panjang fokus antara 28mm dan 40mm.

    Selain teknologi fotografi ini, ia turut dilengkapi kamera telefoto 200MP yang mampu memberikan kualiti jelas, walaupun dengan zum 3x, 6x dan 12x.

    realme GT 8 Pro telah diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Sabah sebagai Rakan Pengimejan Rasmi untuk kempen realme Explore the Beauty of Sabah bagi mempamerkan landskap alam semula jadi yang menakjubkan pada negeri tersebut.

    Buat para peminat F1 pula, anda mungkin berminat dengan edisi khas realme GT 8 Pro Dream Edition yang dibuat bersama pasukan Aston Martin Aramco F1. Ia menampilkan warna dan rekaan khas yang diinspirasi daripada pasukan tersebut.

    "
    "

    Selain rekaan khas, ia mempunyai antara muka (UI) yang bertemakan pasukan Aston Martin Aramco F1, termasuklah kertas dinding dinamik, mod GT bunyi trek dan pelbagai ikon. Telefon ini turut didatangkan dengan kotak khas yang mencerminkan estetika inspirasi kereta. Daripada segi spesifikasi, telefon edisi khas ini sama sahaja dengan edisi standard.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme GT 8 Pro:

    • Skrin AMOLED 6.79 inci, resolusi 3136×1440, kadar segar semula 144Hz, gamut warna DCI-P3 100%, kecerahan puncak 7,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP + kamera telefoto 200MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 7,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W (pengecas disertakan dalam kotak), pengecasan wayarles 50W
    • Sistem operasi Android 16 dengan realme UI 7.0
    • Pilihan warna biru Urban Blue, putih Diary White
    • Pengimbas cap jari optikal
    • Harga:
      • realme GT 8 Pro: RM4,299
      • realme GT 8 Pro Dream Edition: RM4,699

    Ia boleh didapati di Kedai Jenama realme, pengedar-pengedar sah serta laman rasmi realme Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan yang membelinya sebelum 28 November 2025 akan menerima hadiah seperti rebat RM200, realme Watch 5, Set Pelindung Kamera Boleh Tanggal (standard), realme Buds Clip pada harga PWP khas dan waranti lanjutan selama setahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT 8 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...