Site icon TechNave BM

Infinix Zero 5G 2023 dilancar: Dimensity 1080 dan skrin 6.78″ 120Hz berharga ~RM1,050

Jenama di bawah kumpulan Transsion iaitu Infinix Mobile meningkatkan usaha mereka dalam pasaran telefon pintar dengan melancarkan Infinix Zero 5G 2023 yang maklumatnya telah tertiris sebelum ini. Ia adalah telefon telefon pintar segmen pertengahan yang menarik dengan cipset Dimensity 1080 baharu dan sambungan 5G.

Selain itu, peranti ini mempunyai skrin LCD IPS 6.78 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240 Hz. Terdapat juga kadar Suis Auto-Pintar Penyegaran dengan tetapan automatik bagi kadar penyegaran antara 60Hz dan 120Hz.

Infinix Zero 5G 2023 mempunyai cipset MediaTek Dimensity 1080, RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Terdapat juga ciri pilihan RAM maya membolehkan anda meningkatkan RAM kepada 13GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Telefon pintar ini mempunyai kamera AI 50MP, kamera kedalaman 2MP dan makro 2MP. Perisiannya menyokong ciri Mod Malam Super dan Penapis Malam untuk imej cahaya malap. Kamera utama menyokong gerakan perlahan 960fps dan terdapat ciri penyuntingan Sky Remap untuk menukar latar belakang langit.

Infinix Zero 5G 2023 tersedia dalam pilihan warna Pearly White, Coral Orange dan Submarine Black dengan tanda harga $239 (~RM1,050). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version