More

    Infinix Zero 5G 2023 lulus pensijilan FCC, reka bentuk dan spesifikasi utama didedahkan

    Infinix Zero 5G 2023 telah diperakui oleh pihak FCC dengan nombor model X6815C yang juga telah dikesan pada pensijilan Bluetooth SIG. Peranti ini kelihatan seperti versi dipertingkatkan bagi Zero 5G pertama yang dikeluarkan di India pada Februari 2022 sebagai telefon 5G pertama syarikat itu.

    Kini, telefon bimbit yang sama telah diluluskan oleh FCC. Pensijilan telah mendedahkan kemasan belakang peranti tersebut. Selain itu, ia juga menyebut maklumat penting tentang dimensi, saiz bateri dan ciri ketersambungannya. Penyenaraian FCC bagi Zero 5G 2023 mendedahkan bahawa ia berukuran 169 x 77 x 9mm.

    Dimensi telefon berbeza sedikit daripada Zero 5G asal yang berukuran 168.7 x 76.5 x 8.8mm. Reka bentuk muncul dalam dokumen FCC menunjukkan bahawa ia mempunyai kamera berbentuk segi empat tepat di bahagian belakang dengan tiga kamera dan mungkin denyar LED.

    Bahagian sisi kanan peranti mempunyai tetapan kelantangan dan butang kuasa. Walaupun ia tidak disebut dalam dokumen FCC, kekunci kuasa boleh disepadukan dengan pengimbas cap jari seperti model asal. Bateri Zero 5G berkapasiti 4,900mAh dan mempunyai sokongan untuk pengecasan pantas 33W.

    Ia juga menyokong sambungan Bluetooth 5.0, jalur 5G NR n2, n5, n7, n38, n41, n66, n71, n77 dan n78. Selain itu, ia akan menyokong Wi-Fi 802.11ax dan NFC. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PriceBaba

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...