Site icon TechNave BM

Ingin beli telefon Samsung? Dapatkan harga murah apabila anda menukarnya dengan telefon lama

Pada hari ini, Samsung Malaysia telah melancarkan program Tukar Beli di mana para pelanggan yang ingin membeli telefon pintar Samsung Galaxy baharu boleh mendapatkan harga murah dengan membawa telefon lama mereka. Anda boleh bawa satu hingga lima telefon atau lain-lain peranti lama untuk mendapatkan diskaun yang lebih tinggi.

Pelanggan hanya perlu membawa peranti lama seperti telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar ke cawangan Samsung yang terlibat dalam program ini. Wakil Samsung akan menentukan nilai peranti lama yang dibawa dan akan mengurangkan harga telefon Samsung Galaxy daripada nilai peranti lama tersebut.

Peranti lama perlu memenuhi empat syarat di bawah:

Samsung mengatakan pelanggan boleh menikmati potongan sehingga RM4,680 sambil mengurangkan sampah elektronik. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version