fbpx
More

    Ingin beli telefon Samsung? Dapatkan harga murah apabila anda menukarnya dengan telefon lama

    Pada hari ini, Samsung Malaysia telah melancarkan program Tukar Beli di mana para pelanggan yang ingin membeli telefon pintar Samsung Galaxy baharu boleh mendapatkan harga murah dengan membawa telefon lama mereka. Anda boleh bawa satu hingga lima telefon atau lain-lain peranti lama untuk mendapatkan diskaun yang lebih tinggi.

    Pelanggan hanya perlu membawa peranti lama seperti telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar ke cawangan Samsung yang terlibat dalam program ini. Wakil Samsung akan menentukan nilai peranti lama yang dibawa dan akan mengurangkan harga telefon Samsung Galaxy daripada nilai peranti lama tersebut.

    Peranti lama perlu memenuhi empat syarat di bawah:

    • Peranti yang dibawa dimiliki oleh pelanggan tersebut
    • Peranti itu tidak mempunyai kontrak dengan syarikat telekomunikasi
    • Telefon pintar tidak boleh mempunyai sekatan IMEI atau rangkaian
    • Peranti mestilah didaftar keluar daripada sebarang akaun iCloud atau Google

    Samsung mengatakan pelanggan boleh menikmati potongan sehingga RM4,680 sambil mengurangkan sampah elektronik. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X