Site icon TechNave BM

Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2, Project Astra dan banyak lagi. Gemini 1.5 Flash merupakan tambahan baharu dalam keluarga Gemini sebagai model ringan berbanding 1.5 Pro.

Walaupun Gemini 1.5 Flash adalah model yang ringan, ia masih mampu membuat penaakulan berbilang model. Google mereka bentuk 1.5 Flash untuk dioptimumkan bagi tugasan yang berat, frekuensi tinggi dan lebih cekap kos untuk disiarkan. Dalam berita lain, Gemini 1.5 Pro yang telah dipertingkatkan prestasinya akan datang ke Google Workspace.

Gemma 2 diumumkan sebagai model terbuka generasi seterusnya untuk fungsi AI dan Google turut berkongsi kemajuan Projek Astra sebagai pembantu AI peribadi yang responsif. Anda boleh lihat video di atas sebagai rujukan. Di bawah adalah senarai kemas kini daripada Google untuk para penggunanya:

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google I/O 2024, anda boleh lawati halaman Blog Google rasmi di sini. Sebagai alternatif, anda  juga  boleh menonton acara tersebut di halaman YouTube. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version