More

    Google Photos bakal integrasikan Ask Photos untuk bantu pengguna cari gambar, jana kapsyen

    Acara Google I/O telah diadakan beberapa jam yang lalu dan syarikat itu mengumumkan banyak fungsi AI. Salah satu sorotan ciri AI pada produk Google ialah Ask Photos yang mempunyai cara baharu untuk mencari foto anda dengan Gemini.

    Sebagai salah satu produk pertama yang dibina dengan AI, Google Photos akan mendapat peningkatan yang besar untuk membolehkan pengguna mencari foto atau video khusus, haiwan peliharaan, tempat dan banyak lagi. Google mengatakan bahawa dengan Ask Photos, pengguna boleh bertanya dan mencari imej secara semula jadi.

    Pengguna boleh bertanyakan Google mengenai sebarang gambar atau butiran dan Google Photos akan mencarinya. Selain daripada membantu mencari foto dan video lama, ciri AI ini juga boleh membantu mencipta reels sorotan berdasarkan foto sepanjang hari.

    Jika anda telah mengambil banyak foto yang serupa, Ask Photos akan memilih gambar terbaik dan juga menulis kapsyen untuk siaran media sosial pengguna. Ask Photos akan menjadi ciri percubaan yang dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang dan Google menekankan untuk melindungi privasi pengguna serta data peribadi Google Photos pengguna tidak akan digunakan untuk iklan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...