Ini baru telefon ‘flagship’ yang sebenar! Lengkap! – OnePlus 8T

Pada beberapa hari yang lepas, OnePlus Malaysia telah melancarkan secara rasmi telefon flagship terbarunya iaitu OnePlus 8T. OnePlus 8T dijual pada tanda harga RM2,699 untuk varian RAM 8GB serta storan 128GB dan RM2,999 untuk varian RAM 12GB bersama storan 256GB.

Dengan tanda harga yang tinggi ini, ia hadir dengan spesifikasi dan ciri teknologi yang sangat menarik. Contohnya, ia hadir dengan cas pantas 65W yang sangat laju bersama skrin AMOLED 120Hz yang memang cantik dan sedap digunakan.

OnePlus 8T ini sememangnya adalah sebuah peranti flagship yang mudah untuk menjadi telefon kegemaran ramai. Mari tonton video ini untuk resepi sebenar penghasilan telefon flagship dari OnePlus.

Ikuti kami di YouTube TechNave BM untuk video teknologi terkini.