Ini dia telefon pintar lipat berharga RM7999! – Samsung Galaxy Z Fold2 5G

Dalam video kali ini, kami mempersembahkan sebuah lagi telefon lipat dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold2 5G. Peranti ini adalah generasi yang kedua yang mengganti Galaxy Fold yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

Terdapat pelbagai ciri-ciri baru yang menarik seperti cipset Snapdragon 865+, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan macam-macam lagi.

Dengan tanda harga RM7999 , adakah peranti ini berbaloi untuk dibeli? Apakah perbezaan peranti ini berbanding dengan generasi pertamanya? Mari tonton video pandangan pertama mengenai peranti ini dan ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.