Site icon TechNave BM

Instagram lancarkan Subscriptions, “influencer” kini boleh caj pengikut untuk kandungan eksklusif

Perkhidmatan media sosial popular Instagram telah memperekanlkan program Instagram Subscriptions di mana ia membenarkan pencipta kandungan (creators) untuk menyediakan kandungan khas buat para pengikut yang sudi membayar yuran bulanan.

Bermula hari ini, Instagram akan menguji perkhidmatan tersebut dengan beberapa pencipta, di mana sebuah butang “Subscribe” akan dipaparkan pada profil mereka. Pengikut boleh melanggan kepada kandungan eksklusif dengan menekan butang “Subscribe” dan pilih tahap yuran bulanan yang ingin dibayar.

Antara fungsi khas dalam Instagram Subscription termasuklah:

Buat masa ini, Instagram Subscriptions hanya dihadkan untuk pengguna di Amerika Syarikat. Antara akaun yang boleh dilanggan bermula hari ini adalah @alanchikinchow, @sedona._, @alizakelly, @kelseylynncook, @elliottnorris, @jordanchiles, @jackjerry, @bunnymichael, @donalleniii dan @lonnieiiv.

CEO Meta, Mark Zuckerberg, mengatakan perkhidmatan ini membuka lebih banyak pilihan untuk penjanaan wang buat pencipta kandungan dan boleh berinteraksi dengan lebih erat bersama para pengikut yang setia. Meta adalah syarikat teknologi yang memiliki Instagram.

Adakah anda berminat dengan Instagram Subscriptions? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version