More

    Instagram lancarkan Subscriptions, “influencer” kini boleh caj pengikut untuk kandungan eksklusif

    Perkhidmatan media sosial popular Instagram telah memperekanlkan program Instagram Subscriptions di mana ia membenarkan pencipta kandungan (creators) untuk menyediakan kandungan khas buat para pengikut yang sudi membayar yuran bulanan.

    Bermula hari ini, Instagram akan menguji perkhidmatan tersebut dengan beberapa pencipta, di mana sebuah butang “Subscribe” akan dipaparkan pada profil mereka. Pengikut boleh melanggan kepada kandungan eksklusif dengan menekan butang “Subscribe” dan pilih tahap yuran bulanan yang ingin dibayar.

    Antara fungsi khas dalam Instagram Subscription termasuklah:

    • Subscriber Lives: Pencipta boleh menganjurkan siaran langsung eksklusif untuk para pelanggan sahaja
    • Subscriber Stories: Pencipta boleh memuat naik video pendek Stories yang hanya boleh ditonton oleh para pelanggan, bersama pelekat (stickers) khas
    • Subscriber Badges: Pencipta akan melihat lencana di sebelah nama pelanggan mengikut tahap yuran mereka

    Buat masa ini, Instagram Subscriptions hanya dihadkan untuk pengguna di Amerika Syarikat. Antara akaun yang boleh dilanggan bermula hari ini adalah @alanchikinchow, @sedona._, @alizakelly, @kelseylynncook, @elliottnorris, @jordanchiles, @jackjerry, @bunnymichael, @donalleniii dan @lonnieiiv.

    CEO Meta, Mark Zuckerberg, mengatakan perkhidmatan ini membuka lebih banyak pilihan untuk penjanaan wang buat pencipta kandungan dan boleh berinteraksi dengan lebih erat bersama para pengikut yang setia. Meta adalah syarikat teknologi yang memiliki Instagram.

    Adakah anda berminat dengan Instagram Subscriptions? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured