Site icon TechNave BM

iOS 14 Beta 2 dikeluarkan: Khas untuk pembangun dengan ikon baru dan banyak lagi

Setelah WWDC 2020 berlangsung dan iOS 14 diumumkan, iOS 14 Beta telah dikeluarkan khas untuk para pembangun aplikasi. Terkini, Apple telah mengeluarkan kemas kini pertama untuk iOS 14 iaitu iOS 14 Beta 2.

Untuk pengetahuan anda, iOS 14 Beta 2 ini hanya untuk pembangun, bukan untuk orang awam. Namun, anda dimohon untuk bersabar kerana iOS 14 Beta bakal dibuka untuk orang awam pada tarikh yang bakal diumumkan. Pengguna awam masih boleh pratonton iOS 14 di pautan ini. Senarai di bawah merupakan antara kemas kini yang ada pada iOS 14 Beta 2.

Ikon ‘Calendar’
Ikon ‘Clock’ baharu di sebelah kiri
‘File’ kini boleh ditambah pada widget

Kesemua yang disenaraikan adalah sebahagian sahaja daripada apa yang dikemas kini melalui iOS Beta 2 khas untuk pembangun. Jika anda salah seorang pembangun yang menggunakan iOS 14 Beta 2, anda boleh beritahu maklumat tambahan di laman Facebook kami!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version