More

    iOS 14 Beta 2 dikeluarkan: Khas untuk pembangun dengan ikon baru dan banyak lagi

    Setelah WWDC 2020 berlangsung dan iOS 14 diumumkan, iOS 14 Beta telah dikeluarkan khas untuk para pembangun aplikasi. Terkini, Apple telah mengeluarkan kemas kini pertama untuk iOS 14 iaitu iOS 14 Beta 2.

    Untuk pengetahuan anda, iOS 14 Beta 2 ini hanya untuk pembangun, bukan untuk orang awam. Namun, anda dimohon untuk bersabar kerana iOS 14 Beta bakal dibuka untuk orang awam pada tarikh yang bakal diumumkan. Pengguna awam masih boleh pratonton iOS 14 di pautan ini. Senarai di bawah merupakan antara kemas kini yang ada pada iOS 14 Beta 2.

    • Ikon ‘Calendar’ – Hari dipaparkan dalam singkatan.
    • Ikon ‘Clock’ – Kelihatan lebih tebal.
    • Widget ‘File’ kini hadir untuk ditambah pada paparan ‘Today View’ atau ‘Home Screen’.
    • Amaran untuk zon sesak dalam bandar.
    • Baik pulih widget ‘Weather’.
    • Emoji ‘Reminder’ direka semula.
    • Sedikit baik pulih dalam App Library.
    Ikon ‘Calendar’
    Ikon ‘Clock’ baharu di sebelah kiri
    ‘File’ kini boleh ditambah pada widget

    Kesemua yang disenaraikan adalah sebahagian sahaja daripada apa yang dikemas kini melalui iOS Beta 2 khas untuk pembangun. Jika anda salah seorang pembangun yang menggunakan iOS 14 Beta 2, anda boleh beritahu maklumat tambahan di laman Facebook kami!

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured