More

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang diketengahkan ialah penyaman udara, sistem dobi komersial dan peti sejuk pintar.

    Samsung memperkenalkan penyaman udara Bespoke AI WindFree Pro dengan ciri AI Motion Wind yang melaraskan aliran udara mengikut pergerakan pengguna. Ia turut menyokong WindFree Wearable Good Sleep untuk melaraskan suhu berdasarkan tahap tidur pengguna melalui peranti boleh pakai.

    Samsung juga memperlihatkan rekaan penyaman udara bagi model 2027 serta mengembangkan perniagaan penyejukan industri, termasuk untuk pusat data. Bagi sektor komersial, Samsung mempertontonkan mesin basuh berkapasiti 18kg dengan kitaran cucian pantas 36 minit bersama mesin pengering 14kg yang mampu mengeringkan muatan berat dalam 45 minit.

    Kedua-duanya menyokong pemantauan melalui Wi-Fi dan pengurusan berpusat menggunakan platform SmartThings Pro. Sementara itu, kemas kini peti sejuk Bespoke AI Family Hub membolehkan sistem AI Vision mengenal pasti lebih banyak jenis makanan.

    Aplikasi SmartThings Food boleh mencadangkan resipi berdasarkan bahan yang tersedia manakala widget FoodNote menjana senarai barangan runcit berdasarkan corak penggunaan isi rumah. Samsung juga menawarkan kemas kini perisian sehingga tujuh tahun bagi kelengkapan rumah yang layak termasuk penambahbaikan pembantu suara Bixby.

    Perkhidmatan diagnostik jarak jauh juga diperkenalkan bagi membantu pengguna mengenal pasti masalah peranti dan mendapatkan panduan penyelesaian tanpa perlu terus memanggil juruteknik. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured