Site icon TechNave BM

iOS dan iPadOS 13.4 hadir dengan sokongan ‘trackpad’ untuk iPad, iCloud Drive

Apple kini telah melancarkan kemas kini iOS dan iPadOS 13.4 terkini, menampilkan beberapa kemas kini untuk iPhone dan iPad. Kemas kini baru ini hadir dengan perkongsian fail iCloud, sokongan Trackpad untuk iPad dan banyak lagi. Anda sepatutnya sudah boleh mengemas kini peranti ada melalui Software Update dalam tetapan sekarang.

Salah satu kemas kini terbesar ialah sokongan trackpad untuk iPad yang telah dikhabarkan sejak bulan lepas. Berita tentang papan kekunci ini tampil benar dan bakal dihadirkan bersama iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci akan datang tahun ini. Hasil daripada sokongan trackpad, pengguna iPad kini boleh menikmati tahap ketepatan yang lebih tinggi semasa menggunakan peranti. iPad juga bakal menyokong pergerakan multi-sentuh dan tetikus Bluetooth, lapor MacRumors.

Anda kini boleh berkongsi fail iCloud Drive dengan orang lain. Ia bakal mengemas kini data dalam peranti individu yang anda kongsikan bersama, membenarkan mereka untuk melihat apa-apa perubahan dalam fail yang dikongsi bersama. Aplikasi ‘Mail’ juga dikemas kini dengan toolbar baru dan reka bentuk terkini yang menjauhkan butang balas jauh daripada butang padam untuk mengelakkan anda daripada menekannya secara tidak sengaja. Kami juga telah mengkhabarkan sebelum ini tentang Memoji baru yang akan datang.

Terdapat banyak lagi perubahan dan fungsi baru, jadi untuk kemudahan anda, kami akan menyenaraikannya di bawah. Semak kemas kini ini dan beritahu pendapat anda di laman Facebook kami. Untuk berita teknologi terkini, ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Kemas kini iOS 13.4

Kemas kini iPadOS 13.4

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version