More

    iOS dan iPadOS 13.4 hadir dengan sokongan ‘trackpad’ untuk iPad, iCloud Drive

    Apple kini telah melancarkan kemas kini iOS dan iPadOS 13.4 terkini, menampilkan beberapa kemas kini untuk iPhone dan iPad. Kemas kini baru ini hadir dengan perkongsian fail iCloud, sokongan Trackpad untuk iPad dan banyak lagi. Anda sepatutnya sudah boleh mengemas kini peranti ada melalui Software Update dalam tetapan sekarang.

    Salah satu kemas kini terbesar ialah sokongan trackpad untuk iPad yang telah dikhabarkan sejak bulan lepas. Berita tentang papan kekunci ini tampil benar dan bakal dihadirkan bersama iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci akan datang tahun ini. Hasil daripada sokongan trackpad, pengguna iPad kini boleh menikmati tahap ketepatan yang lebih tinggi semasa menggunakan peranti. iPad juga bakal menyokong pergerakan multi-sentuh dan tetikus Bluetooth, lapor MacRumors.

    Anda kini boleh berkongsi fail iCloud Drive dengan orang lain. Ia bakal mengemas kini data dalam peranti individu yang anda kongsikan bersama, membenarkan mereka untuk melihat apa-apa perubahan dalam fail yang dikongsi bersama. Aplikasi ‘Mail’ juga dikemas kini dengan toolbar baru dan reka bentuk terkini yang menjauhkan butang balas jauh daripada butang padam untuk mengelakkan anda daripada menekannya secara tidak sengaja. Kami juga telah mengkhabarkan sebelum ini tentang Memoji baru yang akan datang.

    Terdapat banyak lagi perubahan dan fungsi baru, jadi untuk kemudahan anda, kami akan menyenaraikannya di bawah. Semak kemas kini ini dan beritahu pendapat anda di laman Facebook kami. Untuk berita teknologi terkini, ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Kemas kini iOS 13.4

    • Perkongsian fail iCloud Drive (daripada aplikasi File)
    • 9 sticker Memoji baru
    • Toolbar baru daripada aplikasi ‘Mail’ dengan butang delete, move, reply to atau compose mesej dalam perbualan baru
    • Apabila membeli aplikasi daripada Apple Arcade, anda kini boleh mengaksesnya melalui iPhone, iPod touch, iPad, Mac dan Apple TV
    • Sokongan aplikasi navigasi pihak ketiga dan makluman panggilan dalaman (in-call) pada CarPlay Dashboard

    Kemas kini iPadOS 13.4

    • Perkongsian fail iCloud Drive (daripada aplikasi File)
    • 9 sticker Memoji baru
    • Toolbar baru daripada aplikasi ‘Mail’ dengan butang delete, move, reply to atau compose mesej dalam perbualan baru
    • Apabila membeli aplikasi daripada Apple Arcade, anda kini boleh mengaksesnya melalui iPhone, iPod touch, iPad, Mac dan Apple TV
    • Tambahan sokongan tetikus dan trackpad
    • Sokongan Magic Keyboard untuk iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci
    • Sokongan siri Magic Mouse, tetikus USB dan tetikus Bluetooth pihak ketiga
    • Sokongan pergerakan Multi-sentuhan pada Magic Keyboard dan Magic Mouse 2

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured