Site icon TechNave BM

iPad Pro dengan skrin OLED 11.1″ dan 13″ mungkin dilancar pada tahun 2024

Apple sedang membangunkan iPad Pro kepada skrin yang lebih besar kepada 11.1 inci dan 13 inci. Model ini dijangkan akan tiba di pasaran pada 2024.

iPad Pro kali ini akan menampilkan skrin OLED dan mungkin memotong bezel menjadi lebih nipis untuk memuatkan skrin baharunya. Barisan semasa terdiri daripada iPad Pro 11 inci dengan skrin LCD standard dan model 12.9 inci dengan panel LED mini. 

Jika khabar angin benar, ini bermakna iPad generasi 2024 mungkin kembali menampilkan pariti dalam segmen paparan. Sebelum ini, penganalisis terkenal Apple, Ross Young mengatakan iPad Pro 14.1 inci akan dikeluarkan pada tahun 2023, tetapi kenyataan baru-baru ini menunjukkan peranti sedemikian tidak lagi dalam pembangunan. 

Terdapat juga laporan lain mengatakan tentang iPad 16 inci yang lebih besar mungkin sedang dalam perjalanan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version