Site icon TechNave BM

iPhone 12 dan iPhone 12 mini berwarna ungu kini boleh dibeli di Malaysia, bermula RM3,399

Dalam acara Spring Loaded pada bulan lalu, Apple memperkenalkan satu lagi pilihan warna untuk telefon pintar iPhone 12 dan iPhone 12 mini iaitu ungu. Pelanggan di Malaysia kini boleh membeli telefon tersebut bermula hari ini di pengedar Apple sah dengan harga bermula RM3,899 untuk iPhone 12 dan RM3,399 untuk iPhone 12 mini.

Selain daripada warna baru, spesifikasi iPhone 12 dan iPhone 12 mini masih sama seperti yang dilancar pada tahun lepas, termasuklah cipset A14 Bionic, kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP serta pilihan memori 64GB, 128GB dan 256GB. Untuk spesifikasi penuh iPhone 12 dan iPhone 12 mini, anda boleh baca artikel pelancarannya di sini.

iPhone 12 merupakan siri iPhone pertama yang tidak dijual bersama pengecas dalam kotak. Untuk pilihan pengecas pihak ketiga yang terbaik untuk iPhone anda, baca artikel ini untuk mengetahuinya.

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang iPhone 12 ungu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version