More

    Semua maklumat Apple AirTag, TV 4K, Podcasts dan iPhone 12 ungu untuk pasaran Malaysia

    Dalam acara Spring Loaded semalam, Apple telah melancarkan tablet iPad Pro dan iMac baharu yang dilengkapi cip M1. Di samping dua produk tersebut, Apple turut melancarkan pelbagai lagi produk aksesori yang mengukuhkan lagi ekosistem Apple dalam tugasan harian. Berikut adalah maklumat untuk semua produk tersebut dalam pasaran Malaysia:

    Apple Podcasts

    Bermula bulan Mei, pendengar Apple Podcasts boleh mendaftarkan diri mereka dengan langganan premium di mana mereka akan memperolehi kandungan istimewa oleh pengacara podcast, pendengaran tanpa iklan atau akses awal untuk podcast terpilih.

    Pendengar juga boleh menemui pengacara baru yang akan dikhaskan mengikut topik kegemaran. Buat para pengacara pula, Apple Podcasts for Creators akan memudahkan mereka untuk mengakses panduan yang boleh meningkatkan mutu podcast, mengurus kandungan mereka serta berinteraksi dengan para pendengar.

    Buat masa ini, Apple Malaysia hanya telah menyenaraikan harga untuk Apple Podcasters Program untuk para pengacara yang berharga RM89.90 setahun. Masih tiada maklumat tentang langganan premium untuk para pendengar.

    Apple AirTag

    AirTag adalah sebuah gajet penjejak berbentuk kecil yang boleh dipautkan pada objek-objek penting untuk memudahkan pengguna mencari objek tersebut. AirTag dilengkapi cip U1 yang membenarkan pencarian Precision Finding dengan iPhone 11 atau iPhone 12.

    Digabungkan dengan rangkaian Find My, teknologi ini membenarkan pengguna untuk mencari barang yang telah dipautkan dengan AirTag secara mudah. Bagi tujuan keselamatan, tiada data lokasi atau sejarah lokasi akan disimpan dalam AirTag dan hanya pemilik sebenar yang boleh mengakses gajet tersebut.

    Apple AirTag akan dijual pada harga RM149 untuk satu unit.

    Apple TV 4K

    Gajet penyiaran televisyen 4K terbaru oleh Apple dilengkapi cip A12 Bionic untuk menghasilkan kualiti imej yang lebih cantik dan ia menawarkan pelarasan warna dengan bantuan iPhone. Ia menyokong video berkadar 60fps dalam format HDR dan Dolby Vision.

    "
    "

    Apple TV 4K dilengkapi sistem operasi tvOS yang membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan Apple seperti Apple Music, Apple Arcade dan AirPlay. Gajet ini juga menyokong Apple TV Remote yang baru degan butang yang lebih responsif dan mduah digunakan.

    Apple TV 4K akan dijual pada harga RM849 manakala Apple TV Remote akan dijual pada harga RM229.

    Warna baru untuk iPhone 12

    Telefon pintar iPhone 12 dan iPhone 12 mini bakal dijual dalam warna baru iaitu ungu. Pelanggan boleh mendapatkan iPhone 12 pada harga RM3,899 dan iPhone 12 mini pada harga RM3,399.

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...