Site icon TechNave BM

iPhone 12 Pro Max dengan RAM 6GB, cip A14 Bionic muncul di AnTuTu

Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan siri iPhone 12. Tarikh pelancarannya yang rasmi juga masih belum diketahui. Namun, sudah banyak ura-ura yang timbul sejak beberapa bulan lalu. Terkini, iPhone 12 Pro Max muncul di ujian penanda aras AnTuTu!

Kemunculan ini bukan sahaja memaparkan markah iPhone 12 Pro Max yang dijana cip terbaru A14 Bionic, tetapi turut mendedahkan beberapa spesifikasi lain. Antaranya adalah storan 128GB dan RAM 6GB.

Untuk pengetahuan anda, cipset 5nm A14 Bionic ini telah pun diumumkan oleh Apple pada acaranya sekali dengan Apple Watch Series 6, Apple Watch SE dan iPad baharu. Markah yang ditunjukkan tidak memperlihatkan anjakan prestasi yang besar dari cip sebelumnya, tetapi mungkin terdapat beberapa sebab.

Memandangkan ini cuma markah awal hanya pada ‘kertas’ semata-mata, ini mungkin ujian awal yang tidak menggunakan prestasi A14 Bionic sepenuhnya atau A14 Bionic yang diuji hanyalah sampel sahaja (unit yang terakhir mungkin memberi lebih prestasi).

Di atas semua kemungkinan ini, perlu kami ingatkan bahawa Apple tidak mengeluarkan apa-apa maklumat rasmi mengenai berita ini. iPhone 12 diramal dilancarkan pada 12 Oktober. Anda boleh membaca berita lepas mengenai harga dan spesifikasi ramalan untuk siri iPhone 12.

Apakah pendapat anda mengenai markah AnTuTu iPhone 12 Pro Max? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IceUniverse melalui GSMArena

Exit mobile version