Site icon TechNave BM

Bateri iPhone 14 Pro Max bertahan 2 jam lebih lama daripada iPhone 13 Pro Max tahun lepas

Menurut Tom’s Guide, ‌iPhone 14 Pro‌ Max mampu bertahan sekitar 14 jam dan 42 minit untuk satu pengecasan penuh manakala ‌iPhone 13 Pro‌ Max bertahan selama 12 jam dan 16 minit. ‌iPhone 14 Pro‌ Max kini berada di tempat kedua selepas ASUS ROG Phone 6 Pro yang mencatat masa kira-kira 15 jam dan 30 minit.

Selain itu, keputusan ujian yang dilakukan mendapati bahawa ‌iPhone 14 Pro‌ Max hanya habis 30% dalam masa 5 jam semasa memuat turun aplikasi, mendengar muzik dan mengambil gambar dan video. 

Keputusan ujian Tom’s Guide tidak selaras dengan dakwaan Apple. Apple mengatakan ‌iPhone 14 Pro‌ Max boleh mengecas sehingga 50% dalam masa kurang daripada 30 minit sedangkan ujian yang dilakukan memberi keputusan peningkatan kuasa bateri ke 42% daripada 0% dalam masa setengah jam.

Jika dibandingkan dengan ‌iPhone 13 Pro‌ Max, ‌iPhone 14 Pro‌ Max mempunyai bateri yang lebih kecil tetapi dengan sokongan cip A16 Bionic baharu dan paparan yang lebih cekap. Malangnya, iPhone 14 Pro Max kekal dengan pengecasan 20W dan terdapat telefon yang lebih pantas mengecas di luar sana. 

Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version