More

    ASUS ROG Phone 6 dilancar: SD 8+ Gen 1, AMOLED 165Hz, kalis air IPX4, cas pantas 65W bermula RM3,599

    Pada hari ini, ASUS Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar gaming terbaru iaitu ASUS ROG Phone 6 yang terdiri daripada ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro. Seperti dalam telefon-telefon ROG Phone sebelum ini, ROG Phone 6 menampilkan spesifikasi tercanggih pada waktu pelancarannya seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz dan pengecasan pantas 65W.

    Bagi menjana prestasi yang paling pantas sewaktu bermain game, ROG Phone 6 dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan RAM LPDDR5 sehingga 18GB. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan X Mode untuk meningkatkan prestasi telefon, namun akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

    Bagi mengekalkan suhu telefon pada tahap terkawal, ROG Phone 6 dilengkapi sistem penyejukan GameCool 6 yang terdiri daripada bahan pengalir haba (thermal compound) boron nitride serta ruang kamar wap (vapour chamber) dan lapisan grafit (graphite) yang lebih besar berbanding ROG Phone 5.

    Untuk penyejukan yang lebih tinggi, telefon ini boleh dihubungkan dengan kipas penyejuk AeroActive Cooler 6 untuk mengurangkan suhu sehingga 25°C. Dengan kipas ini, pengguna juga boleh mengaktifkan X Mode+ untuk prestasi yang lebih pantas daripada X Mode standard.

    ROG Phone 6 masih mengekalkan sistem kawalan AirTrigger untuk kegunaan sewaktu bermain game, yang terdiri daripada butang ultrasonik di bahagian bucu serta kawalan gerakan (motion control). Butang ultrasonik menyokong sembilan jenis sentuhan, manakala kawalan gerakan pula menyokong 10 jenis gerakan tangan.

    Satu perkara menarik tentang telefon ini adalah di bahagian belakang, di mana ia mempunnyai skrin kedua ROG Vision yang berwarna-warni. Anda boleh meletakkan sebarang rekaan animasi atau gambar di skrin tersebut.

    Ini juga adalah telefon gaming pertama yang mempunyai rating kalis air IPX4. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ROG Phone 6:

    • Skrin AMOLED 6.78″, kadar 165Hz, resolusi 2448×1080, kadar bacaan sentuh 720p, HDR10+, dibina dengan Corning Gorilla Glass Victus
    • Gamut warna DCI-P3 111.23%, sRGB 150.89%, Delta E < 1, nisbah kontras 1,000,000:1
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM LPDDR5:
      • ROG Phone 6 :12GB atau 16GB
      • ROG Phone 6 Pro: 18GB
    • Storan dalaman UFS3.1:
      • ROG Phone 6: 256GB atau 512GB
      • ROG Phone 6 Pro: 512GB
    • Kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro
    • Kamera swafoto 12MP dengan sensor Sony IMX663
    • Bateri 6,000mAh
    • Pengecasan pantas 65W
    • Pembesar suara stereo, arah audio ke hadapan (front-facing)
    • Bicu audio 3.5mm
    • Satu port USB-C di bawah, satu port USB-C di bahagian sisi
    • Rating kalis air IPX4
    • Kawalan game: butang ultrasonik di bahagian bucu, sokongan untuk kawalan gerakan (motion control)
    • Sistem operasi Android 12 dengan ROG UI dan Zen UI, jaminan kemas kini selama dua tahun
    • Skrin belakang PMOLED ROG Vision
    • Pilihan warna:
      • ROG Phone 6: Phantom Black dan Storm White
      • ROG Phone 6 Pro: Storm White
    • Harga:
      • ROG Phone 6 12GB+256GB: RM3,599
      • ROG Phone 6 16GB+512GB: RM4,399
      • ROG Phone 6 Pro 18GB+512GB: RM4,999

    Siri ROG Phone 6 akan mula dijual pada 6 Julai 2022 di laman web ASUS ROG dan Shopee. Pelanggan-pelanggan awal akan menerima dua hadiah percuma iaitu AeroActive Cooler 6 dan lanjutan waranti 1+1 tahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured