Site icon TechNave BM

iPhone, HONOR dan realme adalah jenama gajet paling dicari dalam Google Malaysia pada 2023

Google telah mengeluarkan senarai perkataan yang paling dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2023 dan mereka menyusunnya mengikut pelbagai kategori seperti isu-isu terkini, sukan dan hiburan. Selain itu, Google juga menerbitkan senarai untuk sepuluh gajet yang paling dicari oleh rakyat Malaysia pada tahun ini.

Untuk kategori gajet, carian untuk “iPhone 15” adalah yang tertinggi dalam Google Malaysia pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, iPhone mengekalkan takhtanya sebagai telefon pintar yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, HONOR merupakan jenama gajet yang paling dicari, di mana tiga model HONOR telah disenaraikan dalam sepuluh gajet paling dicari oleh rakyat Malaysia iaitu HONOR X9b, HONOR 90 dan HONOR X9a.

realme pula mencatatkan dua telefon dalam senarai ini, iaitu realme C53 dan realme C55. Telefon lain yang turut banyak dicari oleh rakyat Malaysia adalah siri Samsung Galaxy S23, Redmi 12, vivo Y16 dan Infinix GT 10 Pro.

Berikut adalah senarai penuh untuk sepuluh gajet yang paling dicari dalam Google Malaysia pada 2023:

  1. iPhone 15
  2. HONOR X9b
  3. realme C53
  4. Samsung Galaxy S23
  5. Redmi 12
  6. HONOR 90
  7. realme C55
  8. vivo Y16
  9. HONOR X9a
  10. Infinix GT 10 Pro

Selain daripada siri iPhone 15 dan Galaxy S23, semua telefon dalam senarai ini adalah telefon kelas pertengahan atau telefon bajet, menandakan bahawa majoriti pengguna di Malaysia masih mengutamakan telefon mampu milik untuk kegunaan harian mereka.

Adakah anda berminat dengan mana-mana gajet di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version