More

    “Sumbangan Tunai Rahmah”, “Israel-Gaza”, “MYAirline” antara perkataan paling banyak dicari dalam Google Malaysia pada 2023

    Google Malaysia telah menerbitkan ringkasannya untuk perkataan-perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia dalam perkhidmatan enjin carian tersebut sepanjang tahun ini. Ringkasan ini dibahagikan kepada pelbagai kategori seperti isu-isu semasa, hiburan, sukan, individu ternama dan kematian.

    Berikut adalah senarai perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun ini:

    Isu-isu semasa

    “Sumbangan Tunai Rahmah (STR)” merupakan isu yang paling diikuti oleh rakyat Malaysia pada tahun ini, berikutan pengumuman tentang bantuan kewangan daripada kerajaan kepada rakyat B40 dan M40. Satu lagi bantuan adalah “eBelia Rahmah” yang memberikan RM200 kepada golongan belia berumur 18 ke 20 tahun untuk meringankan beban kewangan mereka.

    “War in Israel and Gaza” pula merupakan isu berlanjutan yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia, di mana ia menyaksikan tentera Israel memusnahkan Genting Gaza dengan alasan kononnya untuk menumpaskan organisasi Hamas. Jutaan rakyat Gaza yang tidak berdosa terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan di pusat-pusat pelarian serta hospital.

    Dalam negara pula, “Keputusan PRN” merupakan isu domestik yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia, berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlaku dalam enam negeri pada bulan Ogos lalu.

    Industri penerbangan tempatan pula dikejutkan dengan penamatan operasi “MYAirline” secara tiba-tiba dan ribuan pelanggan mencari pelbagai cara untuk mendapatkan semula wang mereka daripada syarikat tersebut. Selain itu, kemalangan kapal terbang peribadi di “Elmina”, Shah Alam juga mengejutkan rakyat Malaysia.

    Kumpulan gitar rancak “The 1975” juga kerap dicari oleh rakyat Malaysia, selepas mereka menimbulkan isu biadap sewaktu membuat persembahan di Sepang. Sementara itu, isu pengenalan semula “PLKN” dan permainan “Lato-lato” pula kerap dicari oleh ibu bapa kerana ia merupakan isu yang akan mempengaruhi anak-anak mereka.

    Hiburan

    Filem yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada tahun ini adalah “Oppenheimer” dan “Barbie”, pastinya hasil daripada trend internet Barbenheimer yang tular sewaktu kedua-dua filem tersebut ditayangkan serentak.

    "
    "

    Beberapa filem aksi juga mendapat tempat dalam hati kalangan penonton tempatan, seperti “Fast X” dan “John Wick 4”, manakala “Polis Evo 3” adalah filem Bahasa Melayu yang paling popular dalam Google Malaysia pada tahun ini.

    Untuk siaran televisyen pula, carian yang banyak dicari melibatkan drama bahasa Cina seperti “长月烬明 (Till the End of the Moon)” dan “隐形战队 (The Invisibles)” manakala drama tempatan yang paling popular adalah “Perempuan Itu” yang menampilkan lakonan oleh Mimi Lana dan Zul Ariffin.

    Sukan

    Sukan yang paling banyak dicari oleh pengguna Google dalam Malaysia adalah kriket, di mana tiga istilah sukan yang paling dicari melibatkan sukan tersebut seperti liga kriket “Indian Premier League 2023”, diikuti oleh piala kriket “ACC Men’s Asia Cup” dan “Cricket World Cup”.

    Selain kriket, satu lagi sukan yang sangat popular adalah badminton, dengan kejohanan seperti “Denmark Open 2023”, “All England Open 2023”, “Indonesia Open 2023”, “China Open 2023” dan “2023 Sudirman Cup” menguasai senarai perkataan yang paling banyak dicari dalam Google Malaysia. Pasangan regu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta sejarah apabila mereka memenangi World Tour Title dalam Denmark Open 2023.

    Tidak dilupakan juga adalah jutaan peminat bola sepak tempatan yang mencari “Liga Super Malaysia 2023” dan “AFF Championship” dalam Google. Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan juara Liga Super Malaysia 2023 buat kali ke-10 berturut-turut.

    Individu

    “Ira Kazar” merupakan pelakon yang paling diikuti oleh rakyat Malaysia, selepas beliau berkahwin dengan pengarah filem “Syamsul Yusof” dan menimbulkan pertengkaran dengan seorang lagi pelakon, “Puteri Sarah”.

    Perkahwinan antara dua pelakon tempatan popular “Angeline Tan” dan “Sabri Yunus” juga mendapat perhatian meluas, manakala pelakon Malaysia pertama yang memenangi anugerah Oscar, “Michelle Yeoh”, telah membuatkan rakyat tempatan bangga dengan pencapaian beliau untuk industri perfileman negara.

    Pelawak Singapura “Jocelyn Chia” pula menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia selepas beliau membuat jenaka keterlaluan tentang kemalangan Malaysia Airlines MH370.

    Kematian

    Pemergian individu Malaysia yang paling banyak dicari dalam Google adalah bekas Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup, “Salahuddin Ayub”, diikuti dengan pelakon “Ridzuan Hashim”, penyanyi “Rohana Jalil”, penyanyi nasyid “Suhaimi Saad”, pelakon “Badrul Muhayat” dan pembaca berita “Raymond Goh”.

    Untuk kematian selebriti antarabangsa pula, antara yang paling diikuti adalah penyanyi Hong Kong-Amerika “Coco Lee”, model Hong Kong “Abby Choi”, bintang Korea Selatan “Moonbin” dan pelakon Amerika Syarikat “Matthew Perry”.

    Adakah mana-mana perkataan di atas telah dicari oleh anda sepanjang tahun ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

    Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh...

    OpenAI lancar Codex Micro — Pad kekunci fizikal untuk kawal ejen AI

    OpenAI secara rasminya melangkah ke pasaran perkakasan dengan pengenalan Codex Micro iaitu sebuah pad kekunci makro boleh atur cara. Peranti ini dibangunkan...

    Samsung kini pra-pasang Amazon Music pada jutaan peranti Galaxy

    Samsung secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama Amazon Music bagi membawa aplikasi berkenaan ke dalam ekosistem Galaxy. Melalui langkah ini, aplikasi Amazon...

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note...

    Spotify ada AI sendiri? Kini boleh sembang dan minta lagu guna suara

    Spotify secara rasmi memperkenalkan ciri Talk to Spotify yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui perbualan dua hala. Ia kini ditawarkan dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...