Site icon TechNave BM

iQOO 11 5G kini dibuka untuk pra-tempah kumpulan kedua

iQOO 11 5G yang dilancarkan pada tahun lepas telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan dan sehingga kini, iQOO 11 5G masih memenangi pujian pelanggan. iQOO 11 5G juga telah habis direbut serta-merta selepas ia dibuka untuk pra-jualan.

Bagi peminat yang tidak sabar menunggu untuk membeli peranti hebat ini, iQOO 11 5G kini dibuka untuk pra-tempah kumpulan kedua. Pra-tempah bermula sekarang dan anda akan mendapatkan telefon pintar tersebut pada 15 Februari atau lebih awal.

Peranti ini membawa reka bentuk tiga jalur ikonik bersama pelbagai spesifikasi perkakasan berkuasa. Untuk pengetahuan, ia merupakan telefon Snapdragon 8 Gen 2 pertama di Malaysia.

Ia mempunyai skrin AMOLED Samsung E6 2K 6.78 inci beresolusi 1440 x 3200 piksel, kadar penyegaran semula 144Hz, 1 bilion warna dan sokongan HDR10+. Ia juga dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Terdapat juga cip V2 baharu yang mengoptimumkan kadar bingkai tinggi dan meningkatkan prestasi gaming

Untuk tahu mengenai prestasi iQOO 11 5G, anda boleh baca ulasan kami di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 11 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version