Site icon TechNave BM

iQOO 12 dikesan dalam pensijilan SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Sebelum ini, siri iQOO 12 telahpun dilancarkan di China. Hari ini, teknologi dan spesifikasi telefon tersebut telah dikesan di laman web SIRIM menunjukkan bahawa ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Peranti tersebut didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan kod nama 12220 (iQOO 12). Menariknya, iQOO India memberi petanda mengenai pelancaran peranti ini sekitar awal Disember yang mungkin juga menunjukkan bahawa pelancaran peranti ini akan berlaku pada masa yang sama di sini.

Untuk makluman, telefon ini menampilkan sehingga RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB. Sementara itu, iQOO 12 standard mempunyai paparan AMOLED 144Hz 6.78 inci dengan sokongan HDR, kecerahan puncak 3000 nits, pemalapan PWM 2160Hz dan lain-lain.

Daripada segi kamera, kedua-dua iQOO 12 dan iQOO 12 Pro mempunyai konfigurasi kamera belakang yang sama. Mereka terdiri daripada susunan 50MP (utama, OIS) + 64MP (periskop telefoto + zum digital 100x) + 50MP (ultra-lebar), manakala kamera hadapannya adalah 16MP. Satu-satunya perbezaan antara keduanya adalah bateri 5,000mAh dan 5,100mAh dengan pengecasan pantas 120W yang sama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version