More

    Siri iQOO 12 dilancar: SD 8 Gen 3, AMOLED 144Hz 3,000 nits, tri-kamera 64MP berharga ~RM2,570

    Jenama peranti gaming iQOO telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu iQOO 12 yang terdiri daripada iQOO 12 dan iQOO 12 Pro. Kedua-dua telefon mempunyai penampilan dan spesifikasi yang serupa, dengan perbezaan kecil pada rekaan, skrin dan bateri.

    Kedua-dua telefon dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 iaitu cipset tercanggih oleh Qualcomm untuk telefon pintar andalan Android yang dilancar pada hujung tahun ini serta sepanjang 2024. Ia merupakan telefon terbaru yang menawarkan cipset tersebut, selepas siri Xiaomi 14 yang dilancar pada bulan lalu.

    Cipset ini menggunakan RAM LPDDR5x sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB untuk memberikan prestasi terpantas sewaktu bermain game. Telefon ini dilengkapi cip iQOO Q1 yang memastikan prestasi gaming lancar pada kadar 144Hz dalam resolusi 1080p, serta kamar wap 5,705mm² untuk pelesapan haba yang lebih cepat.

    Selain itu, satu lagi persamaan utama adalah daripada segi kamera, di mana kedua-dua telefon mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor OmniVision OV50H berukuran 1/1.3 inci, kamera telefoto 64MP yang boleh membuat zum optikal 3x dan zum digital 100x serta kamera ultra-lebar 50MP yang turut menawarkan mod makro. Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 16MP. Bonggol kamera untuk kedua-dua telefon mempunyai bentuk segi empat sama.

    Daripada segi rekaan, kedua-dua telefon mempunyai bahagian belakang yang dibuat daripada kaca tekstur enamel dan setiap warna yang ditawarkan mempunyai sudahan yang berbeza. Warna putih menawarkan hiasan BMW Motorsport, warna hitam mempunyai permukaan kaca fluorite AG dan warna merah pula mempunyai permukaan kulit.

    iQOO 12 mempunyai skrin 6.78 inci dengan panel AMOLED E7, resolusi 2800×1260, kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Untuk varian iQOO 12 Pro, ia mempunyai resolusi yang lebih tinggi sedikit iaitu 3200×1440, manakala bahagian sisinya pula lebih melengkung daripada iQOO 12 standard.

    iQOO 12 Pro mempunyai bateri 5,100mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W, manakala iQOO 12 standard pula ditawarkan dalam dua kapasiti bateri iaitu 5,000mAh dan 4,800mAh. Kedua-dua kapasiti boleh dicas dengan kadar 120W namun ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

    Siri iQOO 12 akan mula dijual di China pada 14 November 2023, dengan harga bermula CNY3,999 (~RM2,570) untuk iQOO 12 varian 12GB+256GB dan CNY4,999 (~RM3,210) untuk iQOO 12 Pro varian 16GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo China

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...