Site icon TechNave BM

iQOO 12 perkenalkan varian warna Flame untuk Tahun Baru Cina

iQOO telah melancarkan iQOO 12 di Malaysia pada Disember lalu dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Berikutan kejayaan ini, iQOO kini memperkenalkan keluaran terbaharunya, iQOO 12 dalam warna Flame untuk mempertingkatkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

iQOO 12 mengekalkan cipset Snapdragon 8 Gen 3 di mana ia boleh memainkan pelbagai game dengan prestasi tertinggi untuk telefon generasi ini. Ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 30% dan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya.

Ia mempunyai pengecasan FlashCharge 120W yang membenarkan telefon ini untuk dicas penuh dalam masa kurang daripada setengah jam. Perlu diingati bahawa ia tidak menyokong sebarang bentuk pengecasan wayarles. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 64MP. Ia boleh melakukan zum optikal sehingga 3x dan zum digital sehingga 100x.

Nantikan pengumuman rasmi di halaman rasmi iQOO dan Facebook untuk maklumat lanjut dan kemas kini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version