Site icon TechNave BM

iQOO Z10 akan dilancar pada 11 April 2025, ada bateri sebesar 7,300mAh!

iQOO kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti seterusnya dalam siri iQOO Z iaitu iQOO Z10. Telefon ini bakal dilancar di India pada 11 April 2025 dan syarikat itu telah pun berkongsi beberapa maklumat menarik mengenainya.

Dalam sebuah gambar yang dimuat naik ke media sosial, ia menunjukkan rekaan iQOO Z10 yang mempunyai hiasan belakang berwarna putih dan bonggol kamera besar berbentuk bulat yang menempatkan tiga kamera dan satu lampu denyar LED.

Sungguh pun begitu, satu ciri utama pada iQOO Z10 adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 7,300mAh! iQOO mengatakan ini adalah telefon dengan bateri terbesar untuk pasaran India. Sebagai rujukan, iQOO Z9 sebelum ini mempunyai bateri 5,000mAh sahaja, jadi iQOO Z10 menampilkan peningkatan bateri sebanyak hampir 50%.

Buat masa ini, iQOO masih belum mendedahkan maklumat lain mengenai iQOO Z10. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version