More

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh bermula RM999

    iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5Gdan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga berpatutan.

    iQOO Z9x 5G yang mempunyai skrin IPS LCD FHD 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 1. Ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 44W. Ia menawarkan dua pilihan warna iaitu Northen Green dan Mystic Black.

    Kamera belakangnya mempunyai resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera hadapan adalah 8MP. iQOO Z9x 5G juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti pengimbas cap jari sisi, speaker mono, sokongan NFC dan ia mempunyai penarafan IP64 untuk kalis air.

    Selain iQOO Z9x 5G, iQOO Z9 5G juga dilancarkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi di mana skrinnya membawa panel AMOLED FHD 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 3. Seperti Z9x, ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan256GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W.

    Kamera belakangnya juga memiliki resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, tetapi kamera swafotonya menampilkan sensor 16MP. Z9 5G dilengkapi dengan ciri seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan sokongan NFC. Sistem operasinya adalah OriginOS 4 berasaskan Android 14. Ia menawarkan dua warna iaitu Breeze Green dan Phantom Black.

    iQOO Z9x 5G ditawarkan pada harga RM925 untuk versi 8/128GB, RM1,099 untuk versi 8/256GB dan RM1,199 untuk 12/256GB. iQOO Z9 5G pula ditawarkan pada harga RM1,399 untuk 8/256GB dan RM1,499 untuk 12/256GB

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...