Site icon TechNave BM

iQOO Z6 5G dilancar: SD 695, FHD+ 6.58″ 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM880

Baru-baru ini, iQOO Z6 5G telah dilancarkan di dalam pasaran. Telefon pintar baharu ini adalah telefon pintar dengan sambungan 5G terpantas dalam segmen harganya. Peranti ini menggunakan paparan LCD FHD+ 6.58 inci yang mempunyai nisbah skrin ke badan 90.61 peratus dan gamut warna DCI P3.

Ia juga menyokong kadar penyegaran tinggi 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair 5 lapisan yang membantu mengekalkan peranti sejuk. iQOO Z6 5G berukuran 8.25mm ketebalan dan berat 186 gram.

Bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP + potrait 2MP + sensor makro 2MP manakala bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 16MP. Telefon pintar ini turut menampilkan Eye Autofocus yang membolehkan pengguna mengekalkan fokus yang stabil dan jelas pada subjek yang sedang bergerak.

iQOO Z6 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, RAM LPDDR4X 8GB, 128GB storan dalaman, bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan berbalik serta antara muka FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12.

Selain itu, ciri lain yang terdapat pada peranti ini ialah sambungan dan pengecasan USB-C, bicu fon audio 3.5mm, slot kad mikroSD dan menyokong pengembangan RAM maya yang menambah RAM sehingga 4GB. Tambahan, terdapat Mod Gaming Ultra yang mengoptimumkan game dan membantu meningkatkan prestasi CPU dan GPU.

iQOO Z6 5G hadir dalam beberapa varian seperti 4GB + 128GB dengan harga 15,999 (~RM880), 6GB + 128GB berharga 16,999 (~RM940) dan 8GB + 128GB berharga 17,999 (~RM990). Peranti ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Chromatic Blue dan Dynamo Black.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version