More

    iQOO Z6 5G dilancar: SD 695, FHD+ 6.58″ 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM880

    Baru-baru ini, iQOO Z6 5G telah dilancarkan di dalam pasaran. Telefon pintar baharu ini adalah telefon pintar dengan sambungan 5G terpantas dalam segmen harganya. Peranti ini menggunakan paparan LCD FHD+ 6.58 inci yang mempunyai nisbah skrin ke badan 90.61 peratus dan gamut warna DCI P3.

    Ia juga menyokong kadar penyegaran tinggi 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair 5 lapisan yang membantu mengekalkan peranti sejuk. iQOO Z6 5G berukuran 8.25mm ketebalan dan berat 186 gram.

    Bahagian belakangnya mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP + potrait 2MP + sensor makro 2MP manakala bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 16MP. Telefon pintar ini turut menampilkan Eye Autofocus yang membolehkan pengguna mengekalkan fokus yang stabil dan jelas pada subjek yang sedang bergerak.

    iQOO Z6 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, RAM LPDDR4X 8GB, 128GB storan dalaman, bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan berbalik serta antara muka FunTouch OS 12 berdasarkan Android 12.

    Selain itu, ciri lain yang terdapat pada peranti ini ialah sambungan dan pengecasan USB-C, bicu fon audio 3.5mm, slot kad mikroSD dan menyokong pengembangan RAM maya yang menambah RAM sehingga 4GB. Tambahan, terdapat Mod Gaming Ultra yang mengoptimumkan game dan membantu meningkatkan prestasi CPU dan GPU.

    iQOO Z6 5G hadir dalam beberapa varian seperti 4GB + 128GB dengan harga 15,999 (~RM880), 6GB + 128GB berharga 16,999 (~RM940) dan 8GB + 128GB berharga 17,999 (~RM990). Peranti ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Chromatic Blue dan Dynamo Black.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Pemeriksaan kenderaan Puspakom kini lebih pantas dengan bantuan AI

    Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat tempatan Keymag...

    Universiti Malaya uji bateri terpakai BMW EV sebagai stesen pengecas solar

    BMW Group Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) telah memasang stesen pengecas peranti mudah alih kuasa solar yang menggunakan bateri kenderaan elektrik...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured