Site icon TechNave BM

Jangan alpa waktu PKPB, muat turun MyTrace untuk kesan COVID-19 berdekatan

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari ini, perspektif rakyat bahawa hari ini adalah hari kebebasan setelah berkurung untuk membendung penularan COVID-19 disangkal oleh kerajaan. Kerajaan telah membetulkan perspektif tersebut dan menggesa agar orang ramai memuat turun aplikasi MyTrace untuk pengesanan jangkitan dan kontak COVID-19.

Rakyat Malaysia dinasihati untuk tidak alpa ketika tempoh PKPB. PBPB bukan bermakna hari kebebasan, tetapi tempoh untuk menjalani kehidupan dengan norma baharu. Ketua Pengarah Kesihatah berkata bahawa kes COVID-19 bergantung kepada disiplin dan kepatuhan orang ramai kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, kerajaan turut menasihati orang ramai agar memuat turun aplikasi MyTrace di telefon pintar. MyTrace ialah sebuah aplikasi untuk membantu kerajaan mengesan jejak mereka yang telah dijangkiti COVID-19 berserta kontak rapat mereka. Jika sebelum ini anda masih belum memuat turun aplikasi MySejahtera dan Gerak Malaysia, anda boleh berbuat demikian memandangkan aplikasi ini adalah satu keperluan semasa tempoh PKP masih berjalan.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version