More

    Aplikasi MySejahtera bantu rakyat nilai tahap kesihatan untuk cegah COVID-19

    Kerajaan telah melancarkan sebuah aplikasi bernama MySejahtera yang bertujuan membantu rakyat menilai kesihatan mereka sendiri di rumah, dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19. Pengguna boleh menjawab beberapa soalan dalam aplikasi itu untuk menentukan tahap kesihatan mereka.

    Soalan-soalan tersebut merangkumi gejala yang dialami, sejarah perjalanan, pendedahan dengan pesakit COVID-19 dan lain-lain topik. Jika pengguna didapati mengalami gejala COVID-19, aplikasi tersebut akan membantu pengguna untuk mengambil tindakan sewajarnya dan mendapat rawatan.

    Ia juga membenarkan pengguna untuk memeriksa tahap kesihatan ahli keluarga dan individu yang tinggal sebumbung. MySejahtera dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    MySejahtera boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store, Huawei AppGallery atau laman web rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah memuat turun aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured