Site icon TechNave BM

Jawapan Telegram mengenai isu tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital

Pada Mac lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin bertemu dengan Telegram berhubung isu penyebaran pornografi, kumpulan rusuhan, penipuan dan lain-lain. Namun begitu, Telegram nampaknya enggan memberi kerjasama atas sebab tertentu.

Seperti yang dikatakan dalam artikel semalam, aduan terbaru yang diterima oleh KKD adalah daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di mana terdapat pihak yang menjual point untuk doktor melalui Telegram. Doktor sepatutnya mengikuti persidangan, seminar dan kursus untuk kemajuan kerjaya, namun terdapat pihak yang menjual point untuk mempercepatkan kemajuan kerjaya secara salah.

Menurut New Straits Times, jurucakap Telegram memberitahu media bahawa syarikat pemesejan sosial itu tidak mahu mengambil bahagian dalam “sebarang bentuk penapisan politik”. Tambahan pula, jurucakap itu juga berkata Telegram telah mengurangkan kandungan berbahaya untuk masa yang lama termasuk isu-isu yang disebutkan di atas.

Selain itu, pengguna Telegram juga boleh melaporkan kumpulan sembang dalam aplikasi atau melalui e-mel, abuse@Telegram.org jika kandungan tersebut melanggar terma dan syaratnya. Memandangkan Telegram menjauhkan diri daripada isu politik, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menyebut bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan tindakan seterusnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version