More

    Jawapan Telegram mengenai isu tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital

    Pada Mac lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin bertemu dengan Telegram berhubung isu penyebaran pornografi, kumpulan rusuhan, penipuan dan lain-lain. Namun begitu, Telegram nampaknya enggan memberi kerjasama atas sebab tertentu.

    Seperti yang dikatakan dalam artikel semalam, aduan terbaru yang diterima oleh KKD adalah daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di mana terdapat pihak yang menjual point untuk doktor melalui Telegram. Doktor sepatutnya mengikuti persidangan, seminar dan kursus untuk kemajuan kerjaya, namun terdapat pihak yang menjual point untuk mempercepatkan kemajuan kerjaya secara salah.

    Menurut New Straits Times, jurucakap Telegram memberitahu media bahawa syarikat pemesejan sosial itu tidak mahu mengambil bahagian dalam “sebarang bentuk penapisan politik”. Tambahan pula, jurucakap itu juga berkata Telegram telah mengurangkan kandungan berbahaya untuk masa yang lama termasuk isu-isu yang disebutkan di atas.

    Selain itu, pengguna Telegram juga boleh melaporkan kumpulan sembang dalam aplikasi atau melalui e-mel, [email protected] jika kandungan tersebut melanggar terma dan syaratnya. Memandangkan Telegram menjauhkan diri daripada isu politik, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut menyebut bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan tindakan seterusnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: New Straits Times

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured