Site icon TechNave BM

Jenama ini buat kasut dilengkapi GPU RTX 3080, kasut “swag” untuk “gamer”?

Kami tidak hairan dengan rekaan kasut yang ada di dalam dunia fesyen terkini, namun kami agak hairan dengan kasut yang dilengkapi RTX 3080. Sebuah jenama telah mereka kasut berinspirasikan RTX 3080 tanpa diketahui motifnya.

Melalui siaran sebuah studio pereka di laman Twitter, RTFKT memuat naik video pendek yang menunjukkan rekaan kasut RTX 3080 berjenama NZXT. Kasut ini dikatakan menjadi langkah pertama untuk membina trend fesyen masa hadapan untuk komuniti gaming. Perlu diingatkan bahawa RTX 3080 yang berada pada kasut tersebut hanyalah replika sahaja, bukan RTX 3080 yang sebenar.

Walaupun bukan RTX 3080 sebenar, namun kami tidak pasti adakah elemen sebegini boleh diterima dalam dunia fesyen. Semestinya, kasut ini tidak boleh membantu anda bermain Far Cry 5 atau Assassin’s Creed.

Apakah pandangan komuniti gamer tentang kasut ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version