More

    NVIDIA umumkan GPU RTX 3080, dijual bermula 17 September berharga ~RM2,900

    NVIDIA semalam telah melancarkan siri unit pemproses grafik (GPU) baru, Geforce RTX 30, yang berdasarkan binaan (architecture) Ampere. Siri baru yang termasuk RTX 3080 akan mempunyai prestasi dua kali ganda lebih baik daripada RTX 2080 dengan sokongan ray-tracing yang diperbaharui.

    Kad grafik RTX 3080 akan dilengkapi memori GDDR6X 10GB dan akan dijual bermula 17 September pada harga USD699 (~RM2,900). Ia akan dilengkapi sebanyak 8,704 teras CUDA (Compute Unified Device Architecture) dan kelajuan clock 1.71GHz.

    NVIDIA turut memperkenalkan rekaan pengaliran haba yang baru untuk GPU tersebut, bertujuan untuk menambah baik aliran udara dan sistem penyejukan yang terdapat pada RTX 2080. Ini termasuklah dua kipas yang memperbaharui aliran udara sebanyak 55% dan menjanjikan penyejukan yang lebih cekap dan senyap.

    Kongsi pendapat anda tentang siri RTX 30 di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NVIDIA

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured