Site icon TechNave BM

Jerayawara HONOR Magic V2: Diskaun dan hadiah percuma bernilai RM778,000

Sempena Tahun Baru Cina, HONOR Malaysia akan mengadakan Jerayawara HONOR Magic V2 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. Pengunjung boleh menikmati diskaun hebat, hadiah percuma dan peluang untuk memenangi cabutan bertuah bernilai sehingga RM778,000 di kedua-dua acara ini.

Roadshow di Mid Valley Megamall akan berlangsung daripada 21 hingga 25 Februari, diikuti Queensbay Mall daripada 28 Februari hingga 3 Mac. Pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga RM1,000 untuk peranti HONOR yang terpilih sementara pembeli HONOR Magic V2 akan menerima hadiah percuma bernilai RM3,746.

Selain itu, HONOR menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan untuk pembelian HONOR Magic V2 dengan bayaran serendah RM291 sebulan. Terdapat pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk HONOR Pad 8, HONOR Watch 4, HONOR CHOICE Earbuds X3, pembesar suara Bluetooth, Thermos tahan karat dan kredit RM50 Touch ‘n Go yang boleh dimenangi oleh pembeli.

Berikut adalah senarai telefon pintar dan tablet HONOR pada harga promosi berserta hadiah percuma:

ProdukMemoriHarga RuncitHarga PromosiHadiah Percuma
HONORMagic V216GB+512GBRM6,999HONOR Robot Vacuum Cleaner, HONOR CHOICE Watch, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Pelan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari
HONORMagic5 Pro19GB+512GBRM4,299RM3,499Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun, Perlindungan Skrin Retak 180 Hari dan hadiah tambahan 
HONORMagic519GB+256GBRM3,499RM2,499Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun, Perlindungan Skrin Retak 180 Hari dan hadiah tambahan
HONOR90 5G19GB+512GBRM2,099
RM1,899
HONOR Earbuds X5, Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun, Perlindungan Skrin Retak 180 Hari dan hadiah tambahan
HONOR90 5G19GB+256GBRM1,799RM1,699HONOR Earbuds X5, Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun, Perlindungan Skrin Retak 180 Hari dan hadiah tambahan
HONOR90 Lite 5G13GB+256GBRM1,099Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun dan hadiah tambahan
HONORX9b20GB+256GBRM1,499HONOR Choice Earbuds X5, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan hadiah tambahan
HONORPad 810GB+256GBRM1,499RM1,399HONOR Pad 8 Smart Keyboard
HONORPad X97GB+128GBRM1,099HONOR Pad X9 Smart Bluetooth Keyboard 

Saksikan pelancaran peringkat global ini secara langsung di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version