Site icon TechNave BM

Jerayawara HONOR Magic6 Pro: Diskaun RM200 dan hadiah bernilai sehingga RM649,000

HONOR Malaysia mengadakan Jerayawara HONOR Magic6 Pro di Sunway Pyramid bermula hari ini hingga 7 April, diikuti oleh acara serupa di IOI City Mall, Putrajaya daripada 10 hingga 14 April, menjelang sambutan Aidilfitri.

Pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga RM200 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM649,000 apabila membeli peranti terpilih semasa jerayawara ini. Produk yang ditawarkan termasuk HONOR Magic6 Pro, HONOR Magic V2, HONOR X9b 5G, HONOR 90 5G dan lain-lain. Selain itu, pembelian HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 memberi anda berpeluang mendapatkan hadiah percuma eksklusif seperti HONOR Choice Watch.

Pembeli di kedua-dua jerayawara tersebut juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM130,000 dengan pembelian produk HONOR bernilai RM1,000 ke atas. Hadiah utama termasuk HONOR Choice Robot Cleaner 2, HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3. Aktiviti menyeronokkan seperti pengambilan gambar dan permainan interaktif turut disediakan dengan peluang untuk mendapatkan Calpis Soda percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR Magic6 Pro dan peranti HONOR lain, anda boleh layari laman web rasmi  www.honor.com/my. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version