More

    HONOR X9b 5G kini ditawarkan dengan storan 512GB, berharga RM1,699

    Telefon pintar kelas pertengahan HONOR X9b 5G telah dilancar di Malaysia pada November 2023, di mana ia menampilkan reka bentuk yang sangat tahan lasak dan pelbagai fungsi menarik. Pada waktu tersebut, ia cuma ditawarkan dalam storan 256GB sahaja, namun kini HONOR Malaysia menawarkan varian baharu dengan storan yang lebih besar iaitu 512GB.

    HONOR X9b 5G dengan storan dalaman UFS3.1 berkapasiti 512GB akan dijual pada harga RM1,699. Ia turut mempunyai RAM 12GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB lagi, menjadikan RAM keseluruhan kepada 20GB.

    Sementara itu, HONOR X9b 5G dalam varian storan 256GB pula mengalami penurunan harga kepada RM1,399, lebih rendah sebanyak RM100 berbanding harga pelancarannya pada November lalu.

    Seperti varian sebelum ini, HONOR X9b 5G ditawarkan dalam warna jingga Sunrise Orange dan hitam Midnight Black.

    Selain storan yang lebih besar, HONOR X9b 5G juga menerima pengiktirafan DXOMARK untuk kategori bateri, di mana ia mengumpul 156 mata dan meletakkannya di tempat kedua selepas HONOR Magic6 Pro. Bateri HONOR X9b 5G yang berkapasiti 5,800mAh telah menerima label ‘Gold’ dan boleh bertahan sehingga tiga hari.

    Senarai telefon dalam DXOMARK mengikut prestasi bateri

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR X9b 5G:

    • Skrin AMOLED 6.78 inci, resolusi 2652×1200, kadar segar semula 120Hz, gamut warna DCI-P3 100%
    • Dibina dengan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Display
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1
    • RAM 12GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 5MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,800mAh
    • Pengecasan pantas 35W
    • Sistem perisian Android 13 dengan UI MagicOS 7.2
    • Port USB-C, dwi-kad SIM
    • Bluetooth 5.1, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, 2.4G/5G
    • Rating kalis air IP53
    • Pilihan warna Sunrise Orange, Titanium Silver, Midnight Black

    Ia boleh dibeli di laman web rasmi HONOR Malaysia serta kedai-kedai HONOR seluruh negara. Pembeli varian 512GB akan menerima hadiah berupa HONOR Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari, manakala pembeli varian 256GB akan menerima hadiah yang sama serta sarung telefon.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...