Site icon TechNave BM

Jom menangi percutian 4H3M ke Korea bersama kawan-kawan! #FlexYou360 Challenge kini sudah bermula di Malaysia!

Dalam era kretiviti dan ekspresi diri pada waktu ini, Samsung Malaysia Electronics ingin meningkatkan pengalaman swafoto anda dengan Samsung Galaxy Z Flip5. Dengan kempen FlexYou360, anda kini boleh dapatkan perspektif baharu dengan fungsi FlexCam dan terokai kebebasan 360 darjah untuk dapatkan pengalaman fotografi tertinggi. Lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk memenang percutian di Seoul, Korea Selatan!

Untuk maklumat anda, Samsung baru sahaja melancarkan aplikasi Flex360 untuk para pemilik Samsung Galaxy Z Flip5. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah ia membenarkan anda mengambil swafoto berganda dalam sudut 360 darjah dengan satu klik sahaja. Ini adalah penyelesaian elegan kerana ia membenarkan anda untuk mengambil swafoto cantik di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Tambahan lagi, Samsung menjemput anda untuk menyertai cabaran #FlexYou360 Challenge. Jika anda bertuah, anda akan menangi hadiah utama iaitu percutian ke Seoul selama empat hari dan tiga malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Mudah sahaja untuk menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah langkah untuk menyertai cabaran #FlexYou360:

  1. Bina kumpulan Flip Gang anda (3-5 orang).
  2. Tangkap beberapa swafoto atau video pendek bersama Flip Gang anda dengan aplikasi Flex360 ATAU Galaxy Booth di kedai Samsung Experience Stores terpilih.
  3. Muat naik gambar atau video anda ke Instagram atau TikTok dengan hashtag #FlexYou360 #GalaxyZFlip5 dan tag @samsungmalaysia. Pastikan profil anda ditetapkan kepada Public.
  4. Lengkapkan pendaftaran dalam laman web ini.
  5. Ikuti Samsung di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter untuk maklumat pertandingan dan pengumuman pemenang pada 15 November 2023.

Lokasi dan waktu untuk Galaxy Booth di Samsung Experience Stores:

TarikhLokasiMasa
3-8 Okt 2023 (Selasa – Ahad)Sunway Velocity Mall – G Floor
1 Utama Shopping Centre – LG HighStreet, New Wing
10am – 10pm
16-22 Okt 2023 (Isnin – Ahad)Queens Bay Mall, Pulau Pinang – G Floor, Central Zone10am – 10pm

Jika anda terpilih sebagai salah satu pemenang, anda perlu nyatakan nombor IMEI pada Galaxy Z Flip5 anda sebagai langkah pengesahan untuk bukti pembelian. Itu sahaja! Untuk maklumat lanjut tentang kempen Samsung Flex360, anda boleh layari laman web Samsung Malaysia, Facebook atau Twitter.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version