More

    Samsung Galaxy Z Flip5 dilancar di Malaysia: Flex Window 3.4″ dengan tambahan widget bermula RM4,499

    Hari ini, Samsung telah melancarkan beberapa peranti termasuk Samsung Galaxy Z Flip5. Telefon lipat daripada Samsung amat dinanti-natikan oleh orang ramai dan kini, Z Flip5 telah membuat penampilannya pada acara Samsung Unpacked kedua di Seoul, Korea Selatan.

    Ia menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7 inci di dalamnya membawa kadar penyegaran semula 120Hz dan resolusi FHD+ infinity Flex dengan 2640×1080 piksel. Paparan luarannya dikenali sebagai Flex Window membawa Super AMOLED 60Hz berukuran 3.4 inci.

    Ia dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2 dan perisai aluminium serta kalis air IPX8. Kebanyakan spesifikasi telefon ini hampir sama dengan Galaxy Z Flip4 terutamanya pada bahagian kamera. Ia mempunyai dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 12MP dan ultra lebar 12MP manakala di bahagian hadapan membawa kamera swafoto 10MP.

    Ia membawa cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Baterinya berkapasiti 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 25W serta wayarles 10W. Baterinya boleh meningkat sehingga 50% dalam masa sekitar 30 minit pengecasan.

    Sudah tentu, Z Flip kali ini mebawa kelainan prestasi dengan fungsi tambahan. Kali ini, anda boleh membalas mesej atau WhatsApp serta mempunyai lebih banyak kawalan untuk kamera pada Flex Window. Menarik sekali, anda boleh sambungkan telefon ini ke siri Samsung Galaxy Watch6 untuk menangkap gambar atau video.

    Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip5 membawa peningkatan fungsi dan mengoptimumkan penggunaan aplikasi lain seperti tugasan harian anda dengan lebih banyak kawalan widget, pada paparannya yang lebih besar berbanding model tahun lepas. Spesifikasi lain termasuk sistem operasi One UI 5.1.1 berdasarkan Android 13, sambungan 5G, LTE, Wi-Fi 6E dan Bluetooth.

    Berikut adalah spesfikasi ringkas Galaxy Z Flip5:

    • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci, kadar penyegaran semula 120Hz
    • Skrin luaran Super AMOLED 60Hz 3.4 inci
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 2
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman UFS3.1 sehingga 512GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra lebar 12MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 25W serta wayarles 10W
    • Perlindungan: Gorilla Glass Victus 2 dan kalis air IPX8
    • Sepsifikasi lain: OS One UI 5.1.1 berdasarkan Android 13, 5G, LTE, Wi-Fi 6E dan Bluetooth
    • Pilihan warna: Mint, Lavender, Cream dan Graphite (eksklusif dalam talian: kelabu, biru, hijau dan kuning)
    Aksesori yang boleh didapati di kedai rasmi Samsung

    Samsung Z Flip5 disediakan dalam warna Mint, Lavender, Cream dan Graphite pada harga RM4,499 untuk storan 256GB manakala RM4,999 untuk storan 512GB. Selain daripada itu, terdapat warna eksklusif dalam talian iaitu kelabu, biru, hijau dan kuning. Anda juga boleh membuat pra-tempah Galaxy Z Flip5 bermula hari ini hingga 17 Ogos 2023 serta nikmati baucar sehingga RM600, istimewa tukar beli dan storan tambahan dua kali ganda.

    "
    "

    Khas untuk para pembaca TechNave, anda boleh dapatkan diskaun sehingga RM200 apabila anda membeli Galaxy Z Flip5 daripada laman web Samsung Malaysia. Anda hanya perlu masukkan kod TNCGALAXY apabila anda ingin membuat pembayaran, kemudian anda akan menerima diskaun tersebut serta-merta. Ia hanya terhad kepada 150 pelanggan awal sahaja, jadi jangan bertangguh lagi jika anda inginkan diskaun menarik ini!

    Telefon lipat kali ini membawa beberapa perubahan menarik yang pasti menarik perhatian anda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured