Site icon TechNave BM

JPN lancar kempen #AmbilTahu menyentuh isu MyKad rosak

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang akan dikreditkan melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025. Namun begitu, kaedah ini agak asing bagi sesetengah pihak kerana kebiasaannya bantuan tunai diagihkan melalui platform eWallet.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan kesesakan di kaunter perkhidmatan dalam beberapa minggu akan datang, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memuat naik siri kesedaran awam baharu, #AmbilTahu yang kali ini menyentuh isu penting mengenai MyKad rosak.

Menurut poster pertama dalam kempen ini, tanda-tanda utama seperti cip yang tidak boleh dibaca atau keretakan fizikal adalah petunjuk bahawa MyKad anda perlu diganti. Sebelum anda tergesa-gesa ke kaunter JPN hanya untuk menyemak status kad, JPN menggalakkan anda membuat semakan sendiri terlebih dahulu.

Antara tanda-tanda MyKad anda mungkin rosak:

Cara ganti MyKad yang rosak:

  1. Kunjungi cawangan JPN terdekat
  2. Pergi ke mana-mana kaunter perkhidmatan JPN atau unit satelit
  3. Ambil nombor giliran di bawah kategori ‘ROSAK’
    Ini akan memastikan anda berada di saluran yang betul untuk urusan penggantian akibat kerosakan
  4. Serahkan MyKad sedia ada dan maklumat peribadi anda
    Dokumen pengenalan yang sah diperlukan
  5. Bayar caj penggantian
    • RM10 untuk MyKad
    • RM40 untuk MyKAS dan MyPR

Anda juga boleh menggunakan saluran lain seperti:

Tips penjagaan MyKad anda

Untuk yang masih mempunyai MyKad dalam keadaan baik, poster ketiga kempen ini berkongsi tip penting untuk penjagaan:

MyKad anda menyimpan data biometrik dan akses penting. Kerosakan boleh menghalang anda daripada mengakses akaun bank, rawatan kesihatan dan bantuan kerajaan. Walaupun ia hanya mempunyai calar kecil, ia boleh mengakibatkan kerosakan penggunaan MyKad.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook JPN

Exit mobile version