More

    JPN lancar kempen #AmbilTahu menyentuh isu MyKad rosak

    Pada minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang akan dikreditkan melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025. Namun begitu, kaedah ini agak asing bagi sesetengah pihak kerana kebiasaannya bantuan tunai diagihkan melalui platform eWallet.

    Bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan kesesakan di kaunter perkhidmatan dalam beberapa minggu akan datang, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memuat naik siri kesedaran awam baharu, #AmbilTahu yang kali ini menyentuh isu penting mengenai MyKad rosak.

    Menurut poster pertama dalam kempen ini, tanda-tanda utama seperti cip yang tidak boleh dibaca atau keretakan fizikal adalah petunjuk bahawa MyKad anda perlu diganti. Sebelum anda tergesa-gesa ke kaunter JPN hanya untuk menyemak status kad, JPN menggalakkan anda membuat semakan sendiri terlebih dahulu.

    Antara tanda-tanda MyKad anda mungkin rosak:

    • Kad tidak boleh dibaca oleh kiosk atau mesin
    • Bank atau agensi kerajaan menolaknya kerana data tidak dapat dibaca
    • Perlu cuba berkali-kali untuk kad berfungsi
    • Kerosakan fizikal yang jelas seperti retak, calar atau bengkok
    • Kad berusia lebih 10 tahun, yang meningkatkan risiko kegagalan cip

    Cara ganti MyKad yang rosak:

    1. Kunjungi cawangan JPN terdekat
    2. Pergi ke mana-mana kaunter perkhidmatan JPN atau unit satelit
    3. Ambil nombor giliran di bawah kategori ‘ROSAK’
      Ini akan memastikan anda berada di saluran yang betul untuk urusan penggantian akibat kerosakan
    4. Serahkan MyKad sedia ada dan maklumat peribadi anda
      Dokumen pengenalan yang sah diperlukan
    5. Bayar caj penggantian
      • RM10 untuk MyKad
      • RM40 untuk MyKAS dan MyPR

    Anda juga boleh menggunakan saluran lain seperti:

    • Kaunter bergerak untuk kawasan luar bandar seperti Bas MEKAR dan Van MEKAR
    • Permohonan dalam talian melalui laman web jpn.gov.my. Perkhidmatan panggilan untuk pengguna yang layak melalui My Phone-In Service.
    • Jika anda pergi ke ibu pejabat JPN, UTC, atau cawangan terpilih, prosesnya biasanya hanya ambil 30 minit. Bagi Semenanjung Malaysia, ia mungkin mengambil sehingga 5 hari bekerja manakala Sabah, Sarawak & Labuan mungkin mengambil sehingga 7 hari bekerja.

    Tips penjagaan MyKad anda

    Untuk yang masih mempunyai MyKad dalam keadaan baik, poster ketiga kempen ini berkongsi tip penting untuk penjagaan:

    • Gunakan pemegang kad yang sesuai
    • Elakkan membengkokkan, melipat, atau memasukkan kad ke mesin rawak
    • Jauhkan daripada haba dan air
    • Jangan simpan berhampiran magnet
    • Elakkan geseran dan calar

    MyKad anda menyimpan data biometrik dan akses penting. Kerosakan boleh menghalang anda daripada mengakses akaun bank, rawatan kesihatan dan bantuan kerajaan. Walaupun ia hanya mempunyai calar kecil, ia boleh mengakibatkan kerosakan penggunaan MyKad.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook JPN

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured